Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Saturday, 18 February 2012

IT: [Video] Apa Akan Jadi Pada Media Sosial Apabila Kita Mati

Agak-agak apa akan jadi? Admin nak anda semua tengok apa yang sebenarnya jadi apabila kita mati? Jom kita zoom in.





















Sumber:here

Info: Gambar Facebook Yang Dipadam 3 Tahun Lalu Masih Dalam Simpanan [Photo]






Kajian Arstechnica.com menunjukkan bahawa gambar yang telah didelete 3 tahun dahulu masih dalam simpanan pihak facebook. Syarikat Facebook menegaskan bahawa setiap apa yang dimuat naik oleh pengguna sama ada gambar, dokumen, dan lain-lain ke laman hak milik anda, tetapi sekiranya anda sudah tidak mahu dan mahu memadam atau delete, fail tersebut akan masuk ke dalam fail simpanan syarikat kali. Syarikat itu menegaskan bahawa proses pemadaman data akaun mengambil masa satu bulan tetapi beberapa data dan makluman boleh kekal dalam simpanan dalam masa 90hari.

Berdasarkan penyelidikan ArsTechnica.com pada 2009, sesiapa yang telah memadam gambar yang dikehendaki, fail tersebut masih exist dalam simpanan sekiranya sesorang individu mempunyai direct link ke fail .jpg tersebut. Fail tersebut boleh diakses padam bila-bila masa tanpa batasan. Apabila ditanya kepada syarikat Facebook tentang masalah ini, mereka memberitahu sedang bekerja sama dengan rangkaian penyampaian kandungan (CDN) dalam mengurangkan masa bagi mem-backup semua fail yang ada.

Tetapi apabila kami membuat susulan terhadap masalah ini setahun kemudian, kami mendapati bahawa gambar tersebut masih terdapat dalam pautan langsung(direct link). Baerdasarkan cerita seorang pengguna Facebook, beliau telah mengambil gambar anaknya dalam keadaan telanjang merangkak pada tahun 2008, namun ArsTechnica memberitahu bahawa fail itu masih lagi terdapat dalam simpanan jika dilayari secara pautan langsung pada tahun 2009 dan 2010. Setelah mendapat susulan lanjut, syarikat Facebook tampil dan membuat kenyataan bahawa mereka telah memadam gambar pengguna tersebut daripada rangkaian penyampaian kandungan (CDN).





P/S: jangan kita meng-upload gambar yang menjatuhkan maruah kita dan membahayakan diri sendiri di masa hadapan. Berubahlah sebelum masa depan merubah anda.



Sumber:here

Wednesday, 15 February 2012

Info: Kenapa HARAM Luah Perasaan Di Wall Facebook? [7 Photo+Video]

Hari ini admin mahu kongsi sedikit informasi tentang wall di fesbuk. Perkongsian admin bukan bererti admin terlalu racist,mengaibkan sesiapa atau sebagainya. Tetapi untuk saling ingat-mengingati sesama islam.

Kita selalu nampak kebanyakan kawan kita atau kita sendiri sering meng-update status. Kadang-kadang status yang di-update agak menggelikan. Seperti contoh di bawah:


Jom kita lihat apa kata Ustaz Azhar Idrus. Kenapa dikatakan haram? 


Zoom in Please:



Kita mungkin tidak sedar apa yang telah kita lakukan ketika meng-update status. Ketika meluahkan perasaan, selalunya kita dalam keadaan tidak sedar sama ada membuka aib sendiri atau aib orang lain.






Keterangan:

Kita mungkin tidak jelas lagi terhadap haram daripada konteks Ustaz Azhar Idrus. Mari zoom in lagi.


Pembaca sekalian,tahukah kita apa maksud --> WALL <--- ?

-> Wall daripda google translate bermaksud "DINDING"


Kenapa dinamakan WALL?

-> Admin pun tak tahu sebab dia. Cuba tanya Facebook?


Siapa yang mewujudkan Facebook?

-> Mark Zunkerberg, seorang yang berbangsa Yahudi.


Siapa DINDING itu dan apa kaitan dengan Yahudi?

-> Dinding tersebut terdapat di Western Wall,Jerussalam. Mengikut kepercayaan yahudi,dinding itu telah wujud pada zaman Salamon (dikenali sebagai Nabi Sulaiman). Dinding itu pada asalnya merupakan tempat perkumpulan. Namun tempat tersebut telah dirobohkan oleh tentera Rom pada abad ke 70 awal Masihi. Semua dinding telah dirobohkan,namun yang tinggal hanya dinding tersebut yang dipanggil "Gate of Tears". Mengikut kepercayaan mereka lagi, di dinding itulah mereka meluahkan segala peraasan mereka kepada Tuhan mereka. Mereka boleh berkomunikasi dengan dinding tersebut dengan bercakap ataupun sekadar menulis surat dan selitkan di celahan dinding tersebut. Dinding tersebut dikenali sebagai "Tembok Tangisan" kerana tempat luahan kasih sayang dan tangisan sejak berabad lamanya.Kalau anda nak baca panjang lebar sejarahnya, boleh bace di sumber no.2 di bawah.


Western Wall







Mungkin ada antara kita mahu melihat bagaimana keadaan mereka disana (Western Wall) ?








P/S: Kita sudah teliti, kita sudah lihat. Jadi, marilah kita ubah diri kita kepada menjadikan wall sebagai tempat perkongsian ilmu dan medan dakwah seperti yang admin lakukan sekarang ini. Kita diajar supaya jangan menyerupai sesuatu kaum. Yang baik datang daripada Allah S.W.T dang buruk daripada saya sendiri. Selamat beramal. Sila tekan share untuk sebar-sebarkan kepada kawan-kawan yang lain.




Sumber: no1 no2



Friday, 10 February 2012

LOL: Cara Paling Simple Nak Jadi Famous Di Facebook [Photo]















Sumber: here