Monday, 20 February 2012
Info: Kenapa Ada Enam Bucu Bintang Di Bendara Israel?
Pernahkah kita bertanya pada apakah sebab israel membuat bendera sebegitu rupa dengan bintang yang mempunyai enam bucu? Mungkin sesetengah pihak menganggap bahawa itu adalah bintang biasa, tetapi setiap benda yang dilakukan oleh individu yang berpengetahuan tinggi mempunyai maksud tersirat dalam mereka sesuatu perkara. Informasi ini admin perolehi ketika blogwalking dan admin rasa perkara ini perlu kita kongsikan bersama.
Israel terkenal sebagai negara kontroversi baru yang wujud di dalam peta dunia. Mereka memperolehi tanah dengan menjajah negara palestin. Setelah memperolehi sebilangan tanah, orang Yahudi membuka negara yang dikenali sebagai "ISRAEL". Mereka membuat satu bendera yang amat simple tapi membawa maksud yang tersirat.
Kisah Benar
Berdasarkan kisah benar seorang ustaz, beliau diberi peluang untuk berkunjung ke negara Palestin. Beliau singgah ke Masjid Al-Aqsa untuk menunaikan solat jumaat. Ketika khutbah yang diberikan oleh Syeikh Yusuf Abu Sunainah, imam tersebut ada menegaskan supaya anak-anak muda Palestin merujuk semula semua sejarah kerana Israel sudah mula mahu menukar sejarah dengan mengatakan bahawa tanah Palestin merupakan tanah kedudukan asal mereka.
Mimbar tesebut diletakkan di Masjid Al-Aqsa dan satu lagi di Masjid Al-Khalil. Jika kita renung bintang di bendera israel, ia mempunyai ciri serupa dengan lambang pada mimbar di Masjid Al-Aqsa. Kenapa sebegitu rupa? Apa maksud persamaan antara seni bina di Masjid Al-Aqsa dengan bendera Israel?
Kata-kata hikmah:
"Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya. Jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarahnya."
P/S: Marilah kita sama-sama menjaga bangsa dan negara kita supaya tidak dihanyutkan lagi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sumber:here
LOL: [Video] "Cinnamon Challenge", Permainan Remaja Eropah Masa Kini
Cinnamon Challenge atau lebih mudah dipanggil Cabaran kayu manis sangat popular di kalangan remaja di Eropah. Admin pun tak faham kenapa dengan mereka yang suka sangat terhadap kayu manis. Jikalau kita di Malaysia sudah sinonim dengan kayu manis. Apa yang membuatkan admin tertarik dengan cabaran ini ialah cara permainannya. Cabaran ini memerlukan seseorang itu memakan hanya sesudu serbuk kayu manis tanpa memuntahkan kembali serbuk tersebut. Kelihatan macam mudah. Cabaran ini telah wujud sejak tahun 2001 lagi tetapi menjadi lebih popular pada 31 Januari 2012 setelah satu kontroversi yang timbul di Sekolah Clinton Avenue.Tetapi admin pelik apa sebenarnya rasa kayu manis ini sehingga di Eropah mereka menamakan permainan ini sebagai "Dare or Dangerous". Anda yang belum tahu pasti tertanya-tanya bagaimana rasa serbuk kayu manis jika dimakan mentah-mentah. Haha. Jom kita zoom in cara permainan ini.
SUmber:here