Friday 24 February 2012

Info: 6 Tips Hidup Lama Daripada Lelaki Tertua Di Dunia



Christian Mortensen, atau nama sebenarnya Thomas Peter Thorvald Kristian Ferdinand Mortensen merupakan seorang lelaki Denmark yang hidup paling lama di dunia dengan catatan rekod 115 Tahun 252 Hari. Beliau yang lahir pada 16 Ogos 1882 dan bekerja sebagai tukang jahit pada usia mudanya.Beliau juga pernah bekerja sebagai pekebun, pengusaha restoren, dan pekerja kilang. Beliau pencen pada umur 68 Tahun.Kemudian berpindah ke Aldersly Retirement Community selepas bersara. Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 25 April 1998. Beliau juga ada mengemukakan beberapa tips untuk hidup sihat dan lama ketika hari jadi beliau yang ke-115.



6 Tips untuk Hidup Lama



1. Kawan - Banyak kawan yang menemaninya sehingga akhir hayat

2. Rokok Sihat - Beliau menikmati cerut sekali-sekala dan menegaskan bahawa merokok secara sederhana tidak sihat.

3. Anti Alkohol - Beliau tidak pernah mengambil alkohol

4. Minum Banyak Air Masak - Beliau mempraktikkan banyak minum air yang telah dimasak.

5. Hidup Dalam Keadaan Positif - Hidup sebegini dapat mengurangkan stress.

6. Banyakkan Menyanyi. - Beliau lebih suka bergembira.





Sumber:WikiPeDia.com

0 fakta baru:

Post a Comment